Friday, November 27, 2009

Konspirasi Dunia- Dewa 19

Konspirasi Dunia - Dewa 19


D ewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?



Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.



Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh baru-baru ini. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!!!!!




Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.



All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us


'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan segala bentuk penindasan dan peperangan.

Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me


Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka

Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free


Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari


Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.



Dengan sedikit pendedahan tentang MJ, diharap minda anda lebih bersedia untuk menerima maklumat-maklumat selepas ini dengan lebih baik. Dewa 19. Kumpulan Musik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.

Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.



Kulit-kulit albumnya juga menimbulkan keraguan kerana terdapat banyak unsur-unsur Freemason/Illuminati. Album pertama mereka, Dewa 19 menunjukkan 'Unfinished Pyramid' sama seperti di Satu Dolar US. Ini adalah lambang yang digunakan oleh Illuminatist untuk melambangkan pelan agung mereka yang belum siap sepenuhnya.

Dewa 19 1992


All Seeing Eye pada kulit album Dewa 19 (Cintailah Cinta 2002)


Lambang Sayap pada kulit album Atas Nama Cinta yang turut digunakan oleh Theosophy (Pertubuhan Keagamaan Yahudi)


Bintang Lima (2000)


Emblem Theosophy



video klip Satu dari Dewa 19. Banyak 'subliminal message' di dalam video klip ini jika kita mengkaji dan meneliti video ini.




1.Intro video ini, tompok hitam mengalir dari atas ke bawah umpama mata Horus.


2.Perhatikan 'One Eye' di atas manusia.Manusia seolah-olah 'terpenjara' di dalam
dunia Dajal. (NWO)


3.'Unfinished' Piramid


4.Minda manusia seolah-olah diprogram untuk menurut kehendak mereka.


5.One Eye


6.One World Religion! NWO-One World Goverment-One World Religion


7.Pillar Of Freemason


8.Formation tangan yang sama dengan Baptomet


9.Gambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu.
Gambar kedua , lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?).
Gambar ketiga , piramid dan sebelah mata di'contrast'.


10.Serpent Coil atau dikenali Lagash Vase (Zaman Firaun)




Adakah semua ini hanya kebetulan atau semuanya sudah dirancang? Buka minda anda, jawapannya ada di situ.

Wednesday, November 11, 2009

Rise Of Islam- Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam- Mukadimah


Dimulakan dengan lafaz bismillah. Di sini saya akan postkan artikel dari seorang pengkaji Islam terkenal iaitu Harun Yahya. Di sini saya letakkan biodata ringkas tentang Harun Yahya ini. Beliau dilahirkan di Ankara pada 1956 dan nama sebenarnya ialah Adnan Oktar. Harun Yahya ini adalah nama pena beliau.



Beliau adalah salah seorang pejuang Islam melalui penulisan-penulisannya. Sejak di Universiti lagi beliau telah mendedikasikan hidupnya dengan menulis tentang Allah yang esa. Diharap artikel yang akan saya siarkan akan memberi kesedaran dalam diri kita sekaligus dapat menimbulkan keinsafan. Post-post saya selepas ini adalah dari buku beliau yang bertajuk:

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM



Untuk mendownload e-book ini, sila klik sini.

Artikel by-Harun Yahya

MUKADIMAH

Seruan kepada mereka yang memiliki kesedaran...



Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama kemudian.

Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genocide (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genocide, maka istilah ini dikekalkan. Genocide ber­maksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin. Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genocide yang sangat mengerikan di Bosnia...

http://atlasshrugs2000.typepad.com/atlas_shrugs/images/2009/01/09/bosnia_jewhate_3.jpg

Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."

http://www.notimetokill.org/images/serbian_commando.jpg

Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.

Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.

http://www.javno.com/slike/slike_3/r1/g2008/m09/y181345401910311.jpg

Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.

Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagai­mana­pun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:

Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)

Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)

Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:

...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)



Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk mendedahkan penderitaan umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia, dan juga untuk menyeru mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya. Ini bukan masanya untuk kekal membisu, bersifat tidak kisah, mengejar kesenangan kecil dunia ini, dan membuang masa dengan perdebatan dan pertengkaran yang sia-sia. Ketika berjuta-juta umat Islam menderita disebabkan oleh kekejaman dahsyat tersebut, kita adalah manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri sendiri jika enggan memikul sebarang tanggungjawab untuk menegakkan agama Islam. Tidak menjadi satu keraguan bahawa perbuatan tersebut hanya menyebabkan kita menerima akibat yang pedih di akhirat nanti.

Sunday, November 8, 2009

salam percubaan.........