Monday, February 15, 2010

FACEBOOK!! HARAM??


Assalamualaikum buat pembaca setia...
kemajuan teknologi seiring dengan peredaran masa menuntut kita untuk turut beredar mengikut arus zaman....
namun... kemusykilan dan kesangsian sering menghantui pengguna...
demi menjaga keteguhan ummah...
pendedahan dan diskusi amat penting bagi memberi pengetahuan buat umum...
kekecohan yang melanda negara apabila Majlis Ulama Indonesia mengharamkan penggunaan facebook kerana pemiliknya berbangsa Yahudi, menyumbangkan dana kepada Yahudi, dan masalah sosial..........




benarkah perkara ini dipersetujui...

apa pula pandangan ulama lain...

sejauh mana kebenarannya
untuk itu...
saya sertakan jawapan bersama utz zaharuddin
pendakwah yang cukup dikenali di tanah air..


SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”
SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”



Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had


KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.




sementara itu... petikan akhbar pula menyatakan Universiti Al-Azhar menafikan mengeluarkan fatwa pengharaman facebook...


KAHERAH: Fatwa mengharamkan laman web sosial, Facebook, menimbulkan kekecohan di kalangan pengguna Internet serta ulama lain, semalam.
Akademi Penyelidikan Islam al-Azhar turut menafikan laporan kononnya fatwa berkenaan dikeluarkan jawatankuasa fatwa mereka.

Ketua akademi, Sheikh Sa'eed Amer, berkata tiada sebarang fatwa dikeluarkan mengenai Facebook.

"Malah kami tidak dirujuk mengenai pandangan Islam mengenai penggunaannya," katanya.
Sementara itu, orang ramai menganggap fatwa berkenaan memberi imej buruk kepada Islam.

Bekas graduan , Hussain Abdul Azzem, berkata dia menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan di seluruh dunia dan mengetahui perkembangan terkini.

"Adakah saya berdosa seperti didakwa fatwa itu?" katanya.

Melalui fatwa berkenaan, bekas ulama al-Azhar, Sheikh Abdul Hameed al-Attrash berkata Facebook boleh memudaratkan dan membuang masa, menyebabkan mana-mana orang Islam yang menggunakannya berdosa.

"Facebook dan laman web sosial lain boleh menggalakkan hubungan sulit," katanya.

Sheikh Abdul Hameed berkata, melayari laman web seumpama itu memudahkan seseorang menjalin hubungan terlarang.

Katanya, apabila pasangan seseorang itu tiada, pelayar yang bersembang dengan ahli Facebook boleh menjerumuskan mereka ke dalam hubungan sulit.

"Ia menjadi alat yang boleh meruntuhkan keluarga dan melanggar hukum," katanya

Saturday, February 13, 2010

VALENTINE????



Assalamualaikum wahai saudaraku sekalian,

Suka untuk penulis utarakan satu perayaan yang hangat waktu ini. Bukannya perayaan Tahun Baru Cina tetapi perayaan Valentine yang diraikan oleh remaja kini. Marcapada, pasangan kekasih akan keluar meraikan hari 'bahagia' mereka, hari memperingati kekasih mereka.

Sebenarnya kita sudah jauh tersasar dari ajaran Rasulullah. Kita tidak menyiasat bagaimana asal usul perayaan itu,malah ada yang tidak tahu langsung mengenai asal-usul Valentine. Dalam satu suber yang penulis perolehi, asal usul valentine adalah seperti berikut:

  • Tindakan mengaitkan antara pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala.

  • Sebagai sebahagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jalanan kota Roma sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh sesiapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela kerana percaya bahwa dengan itu mereka akan dikurnia kesuburan dan boleh bersalin dengan mudah.

Disini juga penulis membawakan satu lagi kisah valentine.

Kisah St. Valentine.
  • kurun ke-5M, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke-4 sebelum masihi.
  • Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus.
  • Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya.
  • Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.
  • Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepad
    a Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3M.
  • Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mer
    eka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang.
  • Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi
    , “Dari Valentine dikau”.

Sejauh mana kebenaran kisah ini????Wallahua'lam.tetapi sudah jelas menujukkan kenapa valentine ini tidak boleh dirayakan oleh orang islam.

Penulis ingin mengajak para muslim dan semua yang berg
elar islam supaya menjauhi perkara ini terutamanya para remaja dan golongan belia

Marilah kita bersama-sama bertakwa pada Allah,melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Semoga kita berada dalam rahmat-Nya.
Insya-Allah............wallahua'lam

ROKOK????HARAM KER??



Pada kali ini penulis ingin membawa isu mengenai rokok yang diuar-uarkan haram dan telah di fatwakan haram. Jika dilihat dari segi logik akal manusia dan fitrah manusia itu sendiri ialah menolak keburukan dan mencari kebaikan tetapi dalam hal ini kenapa manusia masih cuba untuk merosakkan tubuh mereka sendiri dan m
enghisap 'racun' ini??



Satu persoalan yang tiada penyelesaian sehingga kini hatta sudah banyak kajian dikeluarkan yang mana menunjukkan rokok ialah satu daripada PEMBUNUH masyarakat. Tetapi kenapa masih ada yang cuba merungut dan cuba memaki h
amun golongan yang mengeluarkan fatwa tersebut atau dengan kata lain memaki hamun orang yang cuba menyelamatkan umat manusia amnya dan orang islam khususnya. Mungkin golongan yang memaki hamun ini mempunyai dalil aqli bahawa rokok ialah perkara yang membawa kebaikan dalam menghilangkan stress dan menonjolkan kehenseman dan kemachoan mereka. Jikalau itu hujah yang digunakan penulis ingin mengajak kita berfikir bersama-sama, wajarkah nyawa digadaikan semata-mata untuk mendapat perkara tersebut? mungkin jawapan kita tidak sama.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran nur karim yang mafhumnya 'janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam bahaya'. Daripada dalil ini sudah jelas menunjukkan larangan Allah terhadap rokok yang mana ia boleh membawa kemudaratan dan bahaya kepada manusia.

Selain itu, terdapat beberapa jumlah fatwa telah dikeluarkan mengenai rokok, antaranya:
  1. Tersebut di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin, tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai benda yang halal yang paling buruk, di mana ia boleh mengkhayalkan dan berlakunya pembaziran harta, dan ia bukanlah menjadi pilihan makanan atau hisapan atau sedutan oleh mereka yang bermaruah. Telah difatwakan mengenai pengharamannya oleh para ulama tasauwuf seperti Al-Qutb Sayyidina Abdullah Al-Haddad, Al-‘Allamah Ahmad Al-Hadwan, sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Umar bin Sumaith tentang pendapat mereka berdua dan ulama yang lain yang sependapat dengan mereka. Bahkan Al-Habib Al-Imam Al-Husain bin Asy-Syeikh Abi Bakr bin Salim dengan panjang lebar membuat amaran keras mengenai dengan tembakau. Beliau (Al-Habib) mengatakan: “Aku khuatir orang yang tidak bertaubat dari merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan suu’ al-khatimah (mati yang berkesudahan buruk).
  2. As-Sayyid Al-‘Allamah Umar Al-Bashri Rahimahullahu Ta‘ala dalam fatwanya: “Kaedah-kaedah yang dipakai oleh para ulama kita ketika menyatakan haramnya sesuatu makanan dalam bab al-ath‘imah ialah makanan yang boleh membawa kepada mabuk atau memudaratkan akal atau tubuh badan, maka memakan benda yang memabukkan adalah haram, kerana ia memabukkan, dan memakan makanan yang memudaratkan akal juga haram, kerana mudaratnya itu. Begitu juga jikalau seseorang membuat pengakuan bahawa dia tidak menemui apa-apa manfaat dalam makanan itu dari semua segi, maka elok makanan berkenaan diharamkan ke atasnya, kerana yang demikian itu berlaku pembaziran harta. Pembaziran harta tidaklah ada bezanya di antara membuangnya ke laut atau membakarnya dan sebagainya yang dikira sebagai membuang-buang harta itu. Manakala yang lainnya adalah halal, kerana yang muktamad, bahawa asal sesuatu benda itu halal, apalagi bagi orang yang menjadikannya sebagai ubat.”

“Apa yang disebutkan di atas, begitulah juga hukum yang berlaku kepada tembakau (rokok). Salah satu sifatnya ialah baunya yang busuk. Maka pendapat yang rajih (kuat), hukumnya adalah haram kerana kotornya…”

3. Al-Imam Al-Akbar Mahmud Syaltut, Bekas Syeikh Al-Azhar, Mesir menyebutkan d dalam fatwanya: “Walaupun menghisap tembakau itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun ia mempunyai berbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok itu sendiri dan juga kepada orang lain yang tidak merokok.”


“Para doktor telah menganalisa kandungan komponen-komponen tembakau dan mereka menemui adanya bahan racun di dalam kandungan tembakau itu, di mana racun ini boleh membunuh (melenyapkan) kebahagiaan dan kegembiraan seseorang walaupun secara perlahan.”

“Jika demikian halnya, tidak diragukan lagi bahawa menghisap tembakau adalah suatu yang menyakiti dan memudaratkan. Dalam pandangan Islam, sesuatu yang menyakiti dan memudaratkan itu adalah keji yang mesti dijauhi.”

“Di samping itu, apabila kita tinjau wang yang dibelanjak
an untuk tembakau, kita mendapati bahawa perokok lebih memerlukan wang berkenaan, atau dia sepatutnya menggunakannya kepada perkara lain yang lebih baik dan berfaedah. Dalam pandangan Islam, menghabiskan wang dengan cara yang sedemikian itu adalah dilarang dan tidak harus.”

Marilah kita gunakan akal yang diberikan dan marilah kita munjunjung perintah Allah dalam semua perkara.........Wallahua'lam