Saturday, March 13, 2010

Manusia & Jin

Dua makhluk yang dicipta oleh Tuhan dan kemudian diperintah upaya menyembah-Nya adalah jin dan manusia. Walaupun sama dalam perintah namun dalam ciptaan mereka terdapat perbezaan yang besar.

Tidak seperti manusia yang dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk (15:26), makhluk jin dicipta daripada api yang membakar, yang tiada asap. Demikian mengikut penjelasan dua ayat al-Qur'an yang berikut:

"Dan jin, Kami mencipta sebelumnya daripada api yang membakar." (15:27)

"Dan Dia mencipta jin daripada api yang tiada asap." (55:15)

Sebaliknya, seperti manusia pula, mereka mempunyai keturunan. Antara keturunannya menjadi musuh bagi manusia, iaitu keturunan Iblis. Kerana ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Tuhan. Allah berfirman,

"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu?" (18:50)

Manusia dilarang mengambil Iblis dan keturunannya sebagai sahabat atau wali. Selain itu, jin dijadikan sekutu bagi Allah, dipercayai serta disembah, oleh sesetengah manusia. Firman-firman-Nya:

"mereka mengadakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang mencipta mereka." (6:100)

"tetapi mereka menyembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka." (34:41)

Mungkin di kalangan manusia yang berbuat demikian melakukannya dengan tanpa disedari. Macam mereka yang menjadikan orang alim sebagai sekutu Allah, tetapi menafikannya.

Pengaruh jin begitu kuat sehingga terdapat manusia yang mempercayai mereka berkeluarga dengan Tuhan, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka akan dihadapkan kepada-Nya pada hari akhirat, seperti manusia. Firman-Nya,

"Mereka mengadakan satu pertalian kekeluargaan antara Dia dan jin; dan jin mengetahui bahawa mereka akan dihadapkan." (37:158)

Terdapat juga manusia yang diambil oleh jin lalu mereka mendapat kesenangan daripadanya. Kesenangan mereka hanya di dunia, tidak di akhirat. Tuhan menjelaskan,

"Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya: 'Wahai golongan jin, kamu telah banyak mengambil daripada manusia.' Kemudian sahabat-sahabat mereka di kalangan manusia berkata, 'Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah mendapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau menentukan bagi kami.' Dia berkata, 'Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal selama-lamanya'; kecuali seperti yang Allah mengkehendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui." (6:128)

Ada pula manusia yang meminta perlindungan daripada jin. Mereka terdiri daripada kaum lelaki, dan daripada golongan jin yang diminta, adalah lelaki juga. Perbuatan itu menambahkan mereka dalam kekejian. Firman-Nya,

"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6).

Ayat di atas merupakan amaran bagi sesiapa yang ingin mengambil perlindungan daripada jin. Satu lagi contoh amalan yang disifatkan keji menurut al-Qur'an ialah melupakan ayat-ayat Allah setelah mendapat kesenangan hidup (25:18).

Beralih kepada kisah Nabi Sulaiman yang di sekitarnya diwarnai cerita luar biasa tetapi benar. Baginda didapati telah memperhambakan makhluk jin, dengan memasukkan mereka ke dalam pasukan tenteranya (27:17), dan menjadikan mereka pekerja dalam sektor pembinaan, pengukiran patung-patung, serta pembuatan pelbagai perkakas yang berseni (34:13).

Ada juga yang telah berkedudukan dekat dengan Nabi Sulaiman, iaitu Ifrit. Dia telah berkata, ketika Nabi Sulaiman bertanya siapa antara pembesar-pembesarnya yang mampu mendatangkan singgahsana Ratu Sabak sebelum rombongannya sampai, berbunyi, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai." (27:39)

Kehandalannya ditewaskan oleh seorang yang mempunyai pengetahuan al-Kitab yang berkata, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." (27:40)

Pun begitu, golongan jin didapati tidak tahu perkara yang ghaib. Buktinya, dalam cerita kematian Nabi Sulaiman, tatkala baginda jatuh setelah tongkatnya dimakan sejenis haiwan daripada bumi. Ketika itu barulah "jin melihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina," (34:14) iaitu azab bekerja untuk Nabi Sulaiman.

Seterusnya, seperti manusia, golongan jin mengetahui kandunagn kitab al-Qur'an dan ada yang percaya kepadanya setelah mendengarkannya. Kisah tersebut diriwayatkan sendiri oleh Nabi di dalam ayat-ayat berikut:

"Katakanlah, 'Diwahyukan kepadaku (Muhammad) bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah mendengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan, ia memberi petunjuk pada jalan yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan menyekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.'" (72:1-2)

Ayat-ayat tersebut dipetik daripada sebuah surah yang dinamakan khas menurut golongan mereka, iaitu al-Jin. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai golongan jin dengan banyak. Antaranya adalah pengakuan mereka terhadap golongan mereka sendiri, berbunyi:

"Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan, dan kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah." (72:4-5)

Sama seperti manusia, jin mengatakan yang keterlaluan dan dusta terhadap Allah.

Selanjutnya dapat difahamkan bahawa mereka mampu naik ke langit untuk mendengar perkara-perkara yang ghaib, contoh, nasib manusia di bumi, tetapi mereka gagal mendapatkannya. Ayat-ayat di bawah menjelaskannya:

"Dan kami menjulur ke langit, tetapi kami mendapati ia dipenuhi dengan penjaga-penjaga yang keras, dan tahi-tahi bintang.
Kami telah duduk di sana di tempat-tempat duduk untuk mendengar; tetapi sesiapa yang mendengarkan sekarang mendapati tahi bintang yang menunggunya.
Maka kami tidak mengetahui sama ada kejahatan dikehendaki bagi orang-orang yang di bumi, atau sama ada Pemelihara mereka menghendaki kelurusan bagi mereka." (72:8-10)

Turut dikhabarkan ialah mengenai jin yang salih dan yang tidak, yang muslim dan yang menyimpang. Sama seperti manusia. Huraian daripada al-Qur'an berbunyi,

"Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan." (72:11)

"Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati, tetapi bagi mereka yang menyimpang, mereka menjadi kayu api untuk Jahanam!” (72:14-15)

Petikan beberapa ayat daripada surah al-Jin berhenti di situ.

Persamaan antara jin dan manusia adalah banyak. Selain daripada yang sudah disebut beberapa persamaannya yang lain diturunkan di bawah ini:

*

kedua-duanya dicipta untuk menyembah Tuhan. Firman-Nya,
"Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (51:56)

*

kedua-duanya mempunyai rasul. Firman-Nya,
"Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" (6:130).

*

kedua-duanya menyesatkan manusia sehingga menjadi tidak percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang tidak percaya berkata, 'Wahai Pemelihara kami, perlihatkanlah kepada kami mereka yang menyesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan meletakkan mereka di bawah kaki kami supaya mereka menjadi antara orang-orang yang lebih rendah.'" (41:29)

*

kedua-duanya mempunyai hati atau otak, mata, dan telinga. Firman-Nya,
"Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai." (7:179)

*

kedua-duanya tidak dapat menembus pembatasan langit dan bumi, kecuali dengan suatu kuasa. Firman-Nya,
"Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa." (55:33)

*

kedua-duanya mempunyai keinginan terhadap perawan. Firman-Nya,
"Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin." (55:56)

*

kedua-duanya memenuhi Jahanam. Firman-Nya,
"Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami memberi tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'" (32:13)

Dan, daripada kedua-duanya pula lahirlah syaitan yang derhaka kepada Tuhan dengan, misalan, mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah untuk menipu. Firman-Nya,

"Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Oleh itu, syaitan bukanlah suatu makhluk yang asing. Mereka terdiri daripada makhluk jin dan manusia yang jahat.

Ayat-ayat yang mengatakan syaitan menjadi musuh yang nyata adalah banyak. Namun, terdapat satu ayat (satu sahaja) yang mengatakan bahawa ia dan kuncu-kuncunya tidak dapat dilihat (7:27).

Adakah yang tidak dapat dilihat itu syaitan daripada golongan jin?

Atau, "kesyaitanan" pada jin dan manusia yang tidak dapat dilihat? Misalan, seorang manusia yang kelihatan sangat alim, tetapi sebenarnya seorang syaitan yang amat derhaka kepada Tuhan. Kesyaitanannya tidak dapat dilihat oleh orang ramai, mungkin kerana diselubungi oleh imejnya.

Akan tetapi, bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan), yang pada mulanya tidak nampak, akan akhirnya melihat dengan jelas kesyaitanan yang hadir, setelah mereka ingat (kepada ayat-ayat Tuhan). Ayat berikut menjelaskan:

"Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat." (7:201)

Apapun, Tuhan menyuruh supaya berlindung pada-Nya daripada kunjungan syaitan jenis jin dan manusia, yang berupa bisikan di dalam dada umpamanya. Untuk tujuan itu Dia mengajar sebuah doa berbunyi,

"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." (114:1-6)

Jin dan manusia yang menjadi pembisik yang menyelinap itu tidak syak lagi adalah syaitan yang direjam, yang daripada kedua-dua makhluk tersebut.

Tentu banyak lagi rahsia mengenai jin dapat digali daripada ayat-ayat al-Qur'an yang dibentangkan di halaman ini atau di halaman Kalimat jin di dalam al-Qur'an. Semoga ada di kalangan pembaca yang ingin menyahut cabaran tersebut. Sudi-sudikanlah demi kemanfaatan kita semua.

GANGGUAN JIN

Gangguan Jin

1. Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin.

- Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.

- Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"

- Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

2.Cara selepas Zaman Rasullulah SAW.

a. Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

b. Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

c. Hal dalam menangani gangguan Jin.


- Langkah-langkah Pencegahan
Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb
- Langkah-langkah Bertahan/Defensif

Berdo'a:

Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

- Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.
- Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
- Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia

Jenis-jenis Gangguan

1. Gangguan Pelet / Pengasihan

Tempat gangguan -> Saraf betis kanan mengeras (Lelaki)
Saraf betis kiri mengeras (Wanita)


2. Tekanan Mental
Tempat gangguan -> di terapi pula dgn ubat2-an medic.

3. Tekanan Fikiran
Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian belakang

4. Mengelamun panjang.
Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian depan

5. Sihir
Tempat gangguan -> Saraf yang berhubungan dgn mata, telinga dan hidung. Seluruh tempat gangguan diatas harus diurut agar aliran darah kembali lancar dgn konsisten. Kemudian terus membaca do'a ruqyah yang diajarkan Rasulullah SAW tanpa berpaling sedikitpun dgn mengabaikan seluruh permintaan Jin kepada kita serta tetap dalam keberanian penuh sesuai keyakinan kita kepada kekuatan Allah SWT.
" Sesungguhnya tipu daya setan sangat lemah".

6. Gangguan di rumah
Membaca Surat Al-Baqarah + tanamkan keberanian.
Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW.


7. Keluar ke tempat yang ada suasana bersih & Suci.
Datangi tempat tersebut dan lakukan perlawanan dengan Jin
tersebut. (Dianjurkan mengikuti pelatihan terapi terlebih dahulu).

Pertanyaan

1. Bagaimana membezakan orang sakit kerana medic dengan orang sakit kerana non-medic.

Sebab non-medic atau Gangguan jin

- Malas
- Semangat yang hilang.
- Mudah Marah
- Suka & selalu tidur
- Sering Panas tetapi Dingin
- Leher / Punggung sering terasa berat.
- Rasa kesal dan benci kepada orang tanpa alasan yg rasional.
- Rasa sakit pada tubuh yang tidak terbukti secara medic.

Sebab medic
- Penyakit dapat dikesan dengan rawatan moden.
- Penyakit dapat dirawat melalui rawatan moden.


SOALAN:

Apakah Roh nenek moyang dapat masuk ke dalam tubuh ?
Roh orang yang sudah meninggal dalam keadaan 2 posisi :
- Wafat Khusnul Khotimah berada di sisi Allah Swt
- Wafat Su'ul Khotimah berada pada siksaa kubur


Kedua jenis ROH ini tidak akan pernah kembali lagi ke bumi ! Adapun penyerupaan dan penampakan adalah hasil karya tipuan pada Jin atau Qorin. - AWAS!! TIPU DAYA Syaitan!! -

Berhati-hati apabila berjumpa bomoh atau dukun. Didalam perubatan kampung atau tradisional, ramai yang terpedaya dengan tipu daya bomoh. ( fitnah ada orang buat sihir, hantar santau ,tuju-tuju, gangguan jin padahal tidak wujud sama sekali dan bermacam-macam lagi penyataan karut ) Namun begitu ada juga bomoh yang baik & betul, maka haruslah anda mengambil langkah berhati-hati. Wallahualam.

Surah at-tiin " sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya "
dapat kita fahami bersama bahawa manusia jauh lebih mulia dibanding mahluk apa pun.
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu)......, " - Fathir : 6

Friday, March 12, 2010

SeNaRai NaQiB 2010

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah.... Usrah pertama sesi 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 6 Mac 2010 bersamaan 6 Rabiul Awal 1431H.Usrah pertama tertumpu kepada pengenalan usrah oleh para naqib/naqibat kepada mad`u.Selepas itu, setiap kumpulan usrah diberi peluang untuk membincangkan perihal isu-isu semasa yang bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi secara global memandangkan modul usrah yang ditempah masih diterima.Program ini diadakan selepas solat maghrib sehingga 8.45pm.

Berikut adalah senarai naqib yang dilantik oleh BADAR melalui majlis syura'.Pemilihan dilakukan mengikut prosedur yang begitu teliti dan menyeluruh.Kumpulan usrah terletak dibawah LaJNaH BiMBiNGaN & MoTiVaSi pimpinan WAN MOHD IZAT IBNU WAN MOHD YUSOFF yang bertanggungjawab menyusun dan mengatur segala aktiviti serta memastikan program usrah bejalan lancar.


MUHD FAREEZ ADHA BIN ROSLAN

MUHAMMAD HAKIM B. MD. KARIMI

AHMAD AMIRULLAH B. YOUSMAN

MUHAMMAD HISYAMMUDDIN B. ABD. RAHMAN

MOHAMAD FAHMI BIN ZAKARIA

MOHD ASHRAF B. ARIFIN

ABDUL FATAH FIKRI BIN ABDUL GHANI

AMRU BIN AMILRUDIN

MUHAMAD AMIRUDDIN BIN SUHAINI

ARIFF IZHAM BIN HARUN

MUHAMAD IZZWAN BIN ZAKARIA

MUHAMAD AMIRUL B. BUSU

MUHAMMAD HILMI B. MOHD KHAIRUZZAMAN

W. MOHD AKID B. W. ZAID

ASYRAF B. MOHD NASIR

AHMAD QADRI BIN ABDUR RAHIM

MUHAMMAD NOR ALIF BIN JAMSARI

MUHAMAD RADZI BIN MOHD ZAINUDIN

IZZAT B. BAZA'AI

MUHAMAD IZZAT HAFIZUDIN B. NAWAWI

MUHAMMAD ANAS BIN SAHAZUBIR

MUHD AZIZI B. ABD. WAHID

MOHD HILMI B. MOHAMAD TAHIR

AHMAD ALIF AZFAR B. MUSTAFA KAMAL

MOHAMAD ARIFF B. MOHAMAD YUSSOFF

AHMAD FARHAN BIN MOHD NAJMAN

MUHAMAD FARID BIN HAIRAN

MOHAMAD SALEHUDDIN B MD SAAD

MUHAMMAD HAIQAL BIN MOHAMMAD ARSHAD

MAZWAN B. MOHAMMAD

AHMAD AMMAR AMSYAR B. SURIADI

AMRU B. KATIBIN

WAN MUHAMAD IZAT B. W. MD. YUSOFF

MOHD AMMAR RUSYDI B SAPEAI

MOHD TASYRIF B ZAKARIA

AHMAD FARID B. MOHSIN

MUHAMMAD RIDZUAN B. SALAHUDIN

MUHAMAD SAIFUDDIN B. NORDIN

AHMAD LUQMAN B. MD. SAID

AHMAD SHAHRUL FIKRI B. MOHD NOOR

MUHAMMAD HAFIZUDDIN B. AZEMAN

NOHD SAIFUL BASRI B. RUSLI

ABDUL MUQMIN BIN HAMZAH @ HUSAINI

ANAS B. ALWI

ABDUL HASIB B. MOHD ALI

MUHAMAD FAKHRUDIN B. ABD. RAHIM

MUHAMMAD AIMAN B. HALIMI

AHMAD RASHDI B. ABDUL AZIZ

MOHAMED MUKMIN EZFAR B MOHAMED YUSOFF

BURHAN B MOHD YUSOF

MUHAMMAD ARIF HAKIMI BIN ABDUL RAHMAN

AHMAD AMIRUL HAKIM B. MOHD NAJIHAN

ARIFF FARHAN BIN MOHD NOR

AMMAR DANIALI BIN AHMAD AZLAN

MUHAMMAD FAIZ BIN RAMLI

AMIR ASYRAAF B MUHAMAD IQBAL FIRDAUSI