Saturday, August 28, 2010

sUnnaH daLam RaMadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat, sebab itulah banyak dari kalangan umat Islam mengambil kesempatan untuk beribadah dan beramal pada bulan ini. Dalam menghidupkan bulan Ramadhan perlu kita ketahui bagaimana Rasulullah menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Saya cuba untuk mengumpulkan berbagai-bagai macam hadis yang bersangkut paut dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak secara menyeluruh.

Adapun kegiatan dan ibadah Rasulullah pada bulan Ramadhan adalah sebagai berikut :


1 - Puasa

Antara ibadah yang Rasulullah laksanakan adalah puasa bulan Ramadhan.

Rasulullah bersabda :

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر رمضان

فقال : " لآتصوموا حتى تروا الهلال، ولا تفطروا حتى تروه .......الحديث


رواه البخاري رقم 1906


Ertinya: Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata:

Bahwasanya Rasulullah s.a.w. menyebutkan bulan Ramadhan dan bersabda:


"Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan, dan janganlah kamu berbuka (Raya Aidil Fitri ) sehingga kamu melihat anak bulan."

( Hadis diriwayatkan oleh Bukhari no :1906 ).


Berkata Sayyidah `Aisyah :


أشهد على رسول الله صلى الله عليه وسلم إن كان ليصبح جنبا من جماع غير احتلام، ثم يصومه


Ertinya :

Aku bersaksi atas Rasulullah s.a.w. jikalau beliau ketika waktu subuh dalam keadaan junub bukan disebabkan mimpi ( tetapi disebabkan jima`), kemudian beliau berpuasa.

( H.R Bukhari no 1931 ).


2 - Bersahur


Sahur adalah memakan sesuatu untuk menguatkan ibadah puasa, bersahur merupakan amalan sunnah yang di galakkan Rasululah s.a.w., bagi seorang yang ingin melaksanakan ibadah puasa hendaklah semestinya bersahur sebelum sebelum fajar datang, sebab dapat membantu menguatkan tubuh dalam berpuasa.


Rasulullah bersabda :


إن فصل ما بينصيامنا وصيام أهل التاب أكلة السحر


رواه أبو داود رقم : 2343


Ertinya: Daripada Amr bin 'Ash beliau berkata: Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya perbezaan puasanya kita (umat Islam) dan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah makan ketika waktu Suhur."

(H.R Abu Daud no 2343 ).


Dari pada Anas bin Malik Rasulullah bersabda :


تسحروا فإن في السحور بركة

واه البخاري رقم : 1923


Ertinnya :

Hendaklah kamu bersahur sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.

( H.R Bukhari no 1923 ).


Adab-adab sahur


a - Bersahur dengan tamar


Disunnahkan agar bersahur dengan tamar, walaupun kemudian memakan makanan yang lainnya, memakan makanan yang terdiri daripada nasi, roti tidak mengapa tetapi sebaiknya ditambah lagi dengan tamar sebagaimana Rasulullah bersabda :


نعم السحور المؤمن التمر


Ertinya :

Sebaik-baik sahurnya orang mukmin adalah memakan tamar.

( H.R Abu Daud no :2345 ).


b - Melambatkan masa bersahur


Sunnah hukumnya melambatkan makan sahur, sebab maksud sahur itu adalah membantu memperkuat tubuh guna melaksanakan ibadah puasa.


Dari Zaid bin Tsabit r.a. berkata :


تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم قمنا إلى الصلاة ، قيل كم كان بينهما ؟ قال : خمسون آية


رواه البخاري ومسلم


Ertinya :

Kami bersahur beserta Rasulullah s.a.w. kemudian kami melaksanakan Shalat ( subuh), beliau ditanya , berapakah jarak antara sahur dan shalat subuh ?, beliau ( Zaid )berkata : sekedar membaca lima puluh ayat.

( H.R Bukhari no 1921 dan Muslim no : 1097 ).


3 - Berbuka puasa


Rasulullah s.a.w akan berbuka puasa jika matahari terbenam, dan menyuruh para sahabatnya berbuka puasa secepatnya, mereka berbuka puasa dengan apa adanya


a - Sunnah-sunnah dalam berbuka puasa


Disunnahkan bagi seorang yang berpuasa mempercepat buka puasa jika matahari telah terbenam dengan sempurna, dengan tanpa melambat-lambatkan, sebab Rasulullah bersabda :


لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر


Ertinya :

Senantiasa manusia ( umat islam yang berpuasa ) dalam keadaan baik apabila mempercepat berbuka puasa.

( H.R Bukhari no : 1957 dan Muslim no : 1098 ).


b - Berdoa ketika berbuka puasa


Disunnahkan berdoa ketika berbuka puasa dengan doa yang telah diajarkan Rasulullah s.a.w.


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت


Ertinya :

Bahwasnya Nabi s.a.w. apabila berbuka puasa maka dia berdoa : Ya Allah bagimulah puasaku, dan aku telah berbuka dengan rezeki yang engkau berikan.

( H.R Abu Daud no 2358 ).


4 - Memberi makanan untuk berbuka


Antara amalan yang selalu Rasullulah laksanakan adalah memberi bukaan puasa bagi orang berpuasa, hal ini sangat meringankan orang-orang miskin dan orang yang memerlukan, amalan ini sangat subur sekali di Mesir, biasanya amalan ini disebut juga Ma`idaturrahman, pahala memberi bukaan terhadap orang yang berpuasa sangat besar sekali sebagaimana Rasulullah bersabda :


من فطّر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا


Ertinya :

Barangsiapa yang memberi makan ( untuk buka puasa ) orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut tetapi tidak mengurangkan sedikitpun pahala puasa orang yang berpuasa itu.

( H.R Tirmizi no : 807 ).


5 - Mendoakan orang yang memberi bukaan puasa


Disunnahkan bagi orang yang diberi bukaan puasa mendoakan orang yang memberi bukaan puasa, sebab Rasulullah senantiasa mendoakan orang yang memberikannya bukaan puasa sebagai mana yang telah disebutkan Imam Abu Daud di dalam sunannya :


عن أنس رضي الله عنه قال : أفطر عندكم الصائمون وأكل طعامكم الأبرار وصلت عليكم الملائكة

رواه أبو داود


Ertinya :

Telah berbuka puasa orang-orang di tempatmu, dan orang-orang baik telah memakan makanan kamu, dan para malaikat telah mendoakan kamu.

( H.R Abu Daud no : 3854 ).


6 - Solat Taraweh


Dalam bulan Ramadhan Rasulullah selalu melaksanakan solat sunnah taraweh, dan menganjurkan agar kita senantiasa melaksanakan solat malam sebagaimana sabda beliau :


عن أبي هريرة قال أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر


Ertinya :

Barangsiapa yang melaksanakan solat malam ramadhan karena keimanan dan mengharap pahala maka diampunkanlah dosa-dosanya yang telah lewat.

( H.R Bukhari no : 2009 ).


7 - Menjaga Lailatu al-Qadar


Disunnahkan bagi seorang muslim untuk tetap berjaga-jaga dengan malam Lailatu al-Qadar yang penuh dengan rahmat dan berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan sebab itulah Rasulullah menggalakkan umatnya mencari malam lailatu al-qadar ketika malam-malam ganjil sebagai mana sabda beliau :


عن عائشة رضي الله عنه قالت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضان


Ertinya :

Hendaklah kamu mencari malam qadar itu pada malam yang ganjil ketika sepuluh malam terakhir ramadhan.

( H.R Bukhari no : 2017 ).


8 - Ber`itikaf


Antara amalan yang selalu Rasul jaga adalah beri`tikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar beliau berkata :


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان


Ertinya :

Adalah Rasulullah selalu beri`tikaf pada pada sepuluh malam terakhir bulan ramadhan.

( H.R Bukhari , no : 2025 ).



Rujukan :


1 - Sohih Bukhari , karangan Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, terbitan Dar Salam Lin-Nasyri Wa Tauzi`, Riyadh, terbitan kedua 1419-1999.


2 - Sohih Muslim , karangan Imam Abu al-Husein Muslim bin al-Hajaj al-Qusyairi an-Naisaburi, terbitan Alfa Cairo, cetakkan pertama 1429-2008.

3 - Sunan Abu Daud, karangan Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy-`ats as-Sijistani, terbitan Dar Fikr, cetakan pertama 1426-2005.

hiDUPKan 10 mALam tERakhir RAmaDHan

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.

Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.

Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.

Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]

Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]

Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.

Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.

Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:

  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.

Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.

Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:

Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.

Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.

Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."

Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.

Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

PANIC!!!!

"P A N I C"



Salah satu instrumen mindcontrol yang digunakan untuk mengawal sikap manusia ialah penggunaan manipulasi ke atas emosi.Ini dilakukan dengan pengetahuan bahawa emosi manusia mampu mempengaruhi fisiologi manusia.Emosi manusia boleh dikawal dengan menggunakan satu teori dalam Neuro-Linguistic Programming iaitu 'Kuasa Keadaan'.Kuasa Keadaan adalah situasi yang akan membuahkan tindakan atau kesan dari seseorang atau sekumpulan manusia.Penggunaan situasi ini untuk mewujudkan kesan kepada emosi manusia,kerana manusia seringkali bertindak berdasarkan emosi mereka.Emosi juga mampu mengubah fisiologi manusia.Orang yang asyik bersedih dan murung lama kelamaan akan kurus kering.Orang yang hatinya riang gembira kebiasaannya meningkat berat badannya.Wajah orang yang bersedih,cara dia berjalan juga berbeza berbanding orang yang senang hati.

Terdapat satu kisah popular berkenaan satu adat resam 'menunjukkan tulang' oleh para dukun satu puak aborigine Australia.Jampi serapah dukun ini amat kuat dan apabila mereka mengenakan tulang sakti pada mangsa,maka tiba-tiba mangsa akan mengalami pengalaman yang dasyat.Orang itu yang menyedari bahawa dirinya telah tersihir akan mengalami kesakitan yang teramat sangat walaupun tiada sesiapa yang memukulnya.Wajahnya akan dikeriut-keriutkan seolah-olah dalam kesakitan dan kemudian dia akan mengerang-ngerang.Mulutnya akan mengeluarkan buih secara tiba-tiba.Kakinya menendang-nendang ke sana ke mari dan kemudian dia mati.

Sebenarnya tiada apa pun yang menyerang orang itu dan para dukun itu tidak melakukan apa-apa selain menunjukkan 'tulang sakti' itu.Inilah kuasa kepercayaan dan emosi yang digunakan oleh para dukun itu untuk menimpakan 'sihir' ke atas mangsa.Kuasa kepercayaan itu amat kuat kepada kaum itu iaitu siapa yang terkena 'tulang sakti' itu maka mangsa akan mati tidak berapa lama kemudian.Namun apabila sekumpulan pengkaji mengenakan tubuh mereka dengan tulang itu,ternyata mereka tidak mengalami apa-apa setelah beberapa hari.

Kuasa Keadaan pula bertindak dengan cara yang sama seperti Kuasa Kepercayaan,mempengaruhi emosi dan akhirnya fisiologi.Bayangkan situasi dimana seorang isteri sedang menunggu suaminya pulang pada waktu malam.Jika si isteri memikirkan bahawa suaminya sedang bersama-sama perempuan lain,sudah tentu apabila suaminya pulang,dia akan menyambut dengan perasaan marah dan setidak-tidaknya dingin.Jika dia memikirkan suaminya mungkin lewat kerana terlibat dalam kemalangan atau terpaksa bekerja lebih masa untuk kebahagian rumahtangga,sudah tentu cara dia akan menyambut suaminya pulang akan jadi berbeza.Inilah penjelasan ringkas tentang Kuasa Keadaan yang mempengaruhi emosi seseorang.

Untuk mengawal sekelompok manusia,The Hidden Hand perlu memikirkan satu cara bagaimana mempengaruhi mangsa-mangsanya supaya berkelakuan seperti yang diharap-harapkannya.Mengawal sekelompok manusia dalam jumlah yang besar bukan kerja yang mudah.The Hidden Hand memikirkan apakah formula untuk membuatkan mereka bertindak
SAMA SEPERTI APA YANG THE HIDDEN HAND FIKIRKAN.


Katakan jika saya dikejar anjing,saya akan lari.Begitu juga jika saya lepaskan anjing kepada orang lain,orang lain akan lari.Ini adalah rumus mudah untuk menjalankan satu daripada senjata mindcontrol besar-besaran The Hidden Hand (massive mindcontrol method).Senjata ini mengandungi lima huruf:
P A N I C.

Kita boleh bayangkan apa yang berlaku kepada seseorang yang berada dalam keadaan panik.Dia akan berada dalam emosi yang tidak stabil dan mudah bertindak tanpa berfikir dengan mendalam.
TIDAK BERFIKIR DENGAN MENDALAM adalah katakuncinya.Apabila seseorang itu tidak berfikir dengan mendalam,maka ini adalah bola tanggung yang tidak mungkin untuk dilepaskan;paksa dia mengikut cara kita.Inilah antara teknik yang digunakan oleh para penjual untuk meyakinkan para pembeli supaya membeli produk mereka.Penjual akan menceritakan situasi yang mencetuskan kebimbangan dan rasa kurang senang.Apabila pembeli bertanya adakah ada cara untuk mengatasi masalah itu,maka inilah masanya si penjual menjual produknya.

THE HIDDEN HAND MENJUAL PRODUKNYA KETIKA SEMUA ORANG DALAM KEADAAN PANIK.

The Hidden Hand mempunyai satu strategi untuk membolehkan ia menggunakan senjata PANIK ini.Ia dipanggil kaedah PROBLEM-REACTION-SOLUTION.Ia terkandung dalam satu prinsip asas gerakan Freemason:Ordo Ab Chao.Seperti yang diterangkan sebelum ini,The Hidden Hand akan mencipta situasi atau masalah,kemudian apabila orang ramai sudah mengalami masalah,The Hidden Hand akan menawarkan bantuan atau penyelesaian.Dan KEHENDAK The Hidden Hand akan diselitkan bersama-sama penyelesian tadi.Namun ketika orang ramai menghadapi masalah,kadangkala kesannya amat lambat atau kemungkinan orang ramai akan merasa ragu-ragu untuk menerima penyelesaian dari The Hidden Hand.Adakah The Hidden Hand perlu menunggu lama?TIDAK SAMA SEKALI.Bagaimana?


THE HIDDEN HAND AKAN MENGGUNAKAN SENJATA PANIK UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PENERIMAAN.

Nyalakan api panik di sana sini dan anda akan lihat betapa ramai manusia akan terpaksa melutut di kaki anda.Sebab apa?Kerana P A N I C.Kerana apa?KERANA MEREKA TIDAK PUNYA PILIHAN.Sebab apa mereka tidak mempunyai pilihan?


SEBAB MEREKA TIDAK BERFIKIR DENGAN MENDALAM.

Ini adalah katakunci yang penting untuk memahami mengapa senjata panik perlu digunakan.Paksa mereka BERADA DALAM SATU KEADAAN di mana mereka tidak mampu berfikir dengan mendalam.Ini adalah aplikasi KUASA KEADAAN yang digunakan dalam Neuro-Linguistic Programming dan teori-teori motivasi minda manusia yang lain.Dan ini menunjukkan bahawa minda,emosi dan tubuh manusia punya hubungan misteri antara satu sama lain.Inilah yang telah dikaji di satu makmal rahsia di Long Island,Area 51,Montauk dan lain-lain lokasi terutamanya hospital-hospital mental tajaan inteligen Amerika dan NWO.Mari kita lihat beberapa kajian kes.


911

911 adalah nombor untuk bantuan kecemasan di Amerika.Apakah yang dimaksudkan dengan 'bantuan kecemasan'.Ia ada kaitan dengan panik.Bila anda panik anda akan cemas.Bila anda cemas anda akan panik.Adakah ia bermaksud setakat itu?TIDAK SAMA SEKALI.Apabila satu tarikh dipilih dalam satu mesyuarat rahsia The Elite untuk satu upacara 'sacrifice' bagi projek "Menentang Keganasan",tarikh 11 September adalah bukan kebetulan.Ia melambangkan panik dan kecemasan,dan ini adalah 'trigger' untuk rakyat Amerika.Apakah 'trigger'?Ia adalah perbuatan,kata-kata atau perlambangan yang akan menarik kembali satu keadaan istimewa atau memori kepada mangsa mindcontrol.Pernah tonton 'The Manchurian Candidate'?Lihat adegan dimana kata-kata khas dibisikkan kepada mangsa mindcontrol supaya mereka bertindak mengikut arahan 'programmer'.Itulah yang dipanggil 'trigger'.

Apabila WTC runtuh,kononnya serangan pengganas,rakyat Amerika berada dalam keadaan cemas dan marah.Ketika inilah presiden Amerika melancarkan projeknya "Perang Menentang Keganasan".Adakah rakyat Amerika serta-merta menyokong?Tidak semuanya kerana mereka masih berada dalam keadaan trauma.Mereka akan membiarkan kerajaan berbuat apa sahaja namun apakah ini akan berkekalan?Presiden perlukan PENGUKUH untuk menetapkan emosi P A N I C.Bagaimana?

DENGAN SIMBOLISME PANIK,911.

Media AMerika sebagai satu instrumen paling penting NWO menyiarkan berkali-kali tulisan 911 dan gambar-gambar cemas rakyat Amerika yang terlibat dalam tragedi.Ini membantu sebagai memori atau pengukuh yang popular untuk mengenangkan tragedi itu.Adakah ia kebetulan?Tidak,ia bukan kebetulan.Kini pelbagai ceramah,kajian dan penerangan dilakukan pelbagai pakar dari pelbagai pihak malah dari Amerika sendiri bahawa tragedi 11 September adalah sesuatu yang 'dirancang'.Mengapa menggunakan 'trigger'?Untuk mengelakkan piket besar-besaran seperti yang berlaku ketika era Perang Vietnam-Amerika.Pada masa yang sama,masyarakat antarabangsa juga terpaksa merestui tindakan Amerika dan membantu menyebarkan imej 'Islamophobia' iaitu KEHENDAK The Hidden Hand.

Cetuskan panik dan rakyat Amerika akan tunduk di kaki anda.


Kegawatan Ekonomi

Senjata ekonomi adalah antara senjata yang amat digemari oleh The Hidden Hand.Dengan mengawal ekonomi dan nilai dolar,The Hidden Hand telah memegang senjata pemusnah besar-besaran yang hebat.Pelbagai cara digunakan untuk melancarkan 'peluru berpandu ekonomi'.Antara menggunakan kaedah spekulator.Ini benar ketika kegawatan ekonomi Asia 1997 dahulu.Kemudian 'economic crash' sehingga bank seperti Lehman Brothers terpaksa gulung tikar.Sistem pinjaman dan kredit konvensional sememangnya direka untuk mencetuskan tahap 'crash' ini.Graf ekonomi akan merudum apabila mencapai titik genting.Titik-titik genting ini bukanlah kebetulan namun dirancang dengan menggerakkan pelbagai kaedah dan jentera supaya ekonomi semasa mencapai titik genting ini.Ia boleh dikawal dan jangka masanya juga boleh diselaraskan.Mereka boleh memiskinkan anda bila-bila masa sahaja.

Bagaimana menggunakan ekonomi sebagai senjata?Cetuskan panik melaluinya.Manusia sering menjadi panik akibat kejatuhan ekonomi.Duit belanja sekolah anak-anak,makan minum,hutang dan sebagainya menjadi persoalan yang menjerat ketika bom ekonomi meledak.Orang ramai akan menjadi panik akibat masalah ekonomi yang menghimpit hidup.Sebarkan dalam media,pada bulan tertentu,ekonomi akan merudum.Kemudian mereka akan datang membawa penyelesaian ekonomi.IMF,Bank Dunia dan along-along antarabangsa akan menghulurkan kemudahan kredit.Apabila kita menerima,maka kita akan dijerat ke dalam perangkap seterusnya.Menjadi hamba turutan kepada si peminjam.



Perang

Telah disebutkan sebelum ini,bahawa teknik Ordo Ab Chao banyak digunakan dalam peperangan,yang paling terkenal ialah WW1 dan WW2.Namun peranan yang acapkali dimainkan di dalam perang adalah TRAUMA bukan PANIK.Namun panik digunakan untuk melancarkan perang tersebut.Ketika kuasa Jerman mula menjadi maju,Perancis dan England mula merasa panik dengan kuasa tentera Jerman dan setelah dihasut oleh ejen-ejen Illuminati,kedua-dua negara ini bersetuju melancarkan perang.Perkara yang dibangkitkan ialah,lambat laun Jerman akan menjajah Eropah.Namun peperangan yang dilancarkan sebenarnya bukan mencantas Jerman malah membantu Jerman kemudiannya benar-benar menjajah sebahagian Eropah.

Di dalam perang,perasaan panik mudah untuk dimainkan.Kehilangan tempat tinggal dan yang paling penting,orang yang tersayang adalah ramuan panik yang akan dicanangkan dalam kempen peperangan.Kuasa tentera kerap menimbulkan panik.Apabila satu-satu teknologi ketenteraan dibangunkan contohnya loji nuklear,wabak panik mula muncul.

NAMUN SEHINGGA KINI THE HIDDEN HAND BELUM LAGI MENGUJI SENJATA PANIKNYA MELALUI PEPERANGAN SECARA TERBUKA.


Wabak Penyakit

Ini adalah taktik antara yang paling berkesan untuk menyelitkan senjata panik.Hebahkan pada orang ramai bahawa wabak penyakit sedang menular dan anda akan lihat betapa paniknya mereka!Harga penapis udara yang dipakai dimulut yang pada asalnya murah berubah menjadi mahal dan anehnya,orang ramai tetap membeli walaupun pada harga tidak munasabah.Manusia sering memikirkan tahap kesihatannya dan takut mati.TAKUT MATI adalah ramuan panik paling mujarab dalam program penyebaran wabak penyakit ini.Virus-virus dicipta untuk menyebarkan wabak,dan apabila orang ramai panik dan bertanyakan vaksin,mereka akan keluarkan vaksinnya.Sama ada setiap vaksin mengandungi nanorobot atau bahan-bahan haram,orang ramai biasanya kurang memerhatikannya dan membiarkan vaksin tadi disuntik ke dalam tubuh.

Hasilnya mereka akan menjadi 'tentera-tentera Dajjal' atau 'goyyim' tanpa disedari.






Kesimpulan

Semua ini dilakukan bagi tujuan mindcontrol,mengawal tindakan orang ramai melalui emosi mereka.Mainkan emosi mereka,dan anda akan dapat membuatkan mereka kurang fokus dalam berfikir.Kurang fokus,anda akan mudah memujuk mereka.Orang yang mudah dipujuk adalah 'material mindcontrol' yang anda boleh kuasai tindakan mereka.The Hidden Hand tidak boleh memaksa orang ramai mengikut telunjuknya secara paksa.Kaedah lain seperti menyumbatkan ideologi atau mengadakan Thesis dan AntiThesis memakan waktu yang cukup lama dan berisiko tinggi.Namun cara ini amat berkesan dan bertindak pada masa yang cukup tepat.

The Hidden Hand boleh menguasai pelbagai paksi politik,ketenteraan dan industri,namun semua ini akan menjadi sia-sia sahaja jika dia tidak tahu menggunakannya.Mungkin orang ramai dapat dikhayalkan mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh The Hidden Hand namun mereka tidak semudah mengikut tarian yang ditunjukkan.Jadi bagaimana untuk membuatkan mereka menari mengikut telunjuk tanpa rasa was-was?

Friday, August 27, 2010

MeNGAPa kita diCipTAkaN

Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa



Setiap hari manusia keluar berkerja,bermain,tidur,makan,minum dan berespirasi.Ada manusia keluar ke sekolah,universiti atau ke pasaraya.Ada yang keluar untuk beribadat;ke masjid,gereja,tokong atau sebagainya.Setiap hari mereka membuat pelbagai kegiatan.Namun seringkali mereka lupa apakah tujuan mereka diciptakan.

Ada yang berkerja sebagai jurutera contohnya,dia amat tahu apa tujuan mesin-mesin atau jentera-jentera diciptakan.Seorang jurutera kereta amat tahu apakah tujuan kereta diciptakan.Seorang jurutera kapal terbang amat tahu apakah tujuan kapal terbang diciptakan.Seorang chargeman B4 misalnya tahu apakah tujuan stesen penjana diciptakan.Dia juga tahu apakah tujuan gas circuit breaker,oil circuit breaker atau vacuum circuit breaker diciptakan.Dia juga tahu apakah tujuan transformer,switchboard,generator set ataupun RMU diciptakan.Seorang jurutera enjin tahu mengapa enjin V8 atau V12 diciptakan.Dia amat tahu tujuan carburator,crank shaft,heat plug atau piston diciptakan.Seorang jurutera perisian amat tahu mengapa HTML,Perl,SQL injection dan Apache diciptakan.Seorang programmer tahu apa tujuan C++,Pascal,COBOL,FORTRAN dan Micro-C diciptakan.Seorang hacker tahu tujuan NMap,OpenSSH,JohnTheRipper,Aircrack,Kismet,NetCat dan BackDoor diciptakan.Seorang tukang masak tahu tujuan mesin pengisar dan ketuhar diciptakan.

Tetapi seringkali mereka lupa APAKAH TUJUAN DIRI MEREKA SENDIRI DICIPTAKAN.



Seorang gadis yang menyertai pertandingan Dewi Remaja tahu apakah tujuan segala mekap diciptakan.Dia tahu apakah tujuan SunSilk,Pantene,SilkyGirl,Dove dan sebagainya diciptakan.Dia tahu apakah tujuan pengering rambut,mask,conditioner,shower gel dan syampu diciptakan.Namun dia seringkali lupa apakah tujuan dirinya diciptakan.

Cuba lihat manusia di dunia.Mereka sibuk berbincang tentang bisnes,politik,cuaca,ekonomi dan lain-lain.Sibuk bekerja.Ada yang jadi kuli.Ada yang jadi bos.Ada yang pangkat besar ada yang pangkatnya kecil.Kadang-kadang mereka berkerja sehingga lupa untuk apa diri mereka diciptakan.Kadang-kadang mereka sibuk berhidup di dunia tanpa tahu apakah tujuan sebenar mereka dihidupkan.Adakah mereka diciptakan hanyalah untuk bermain-main?Adakah mereka tercipta secara kebetulan?


"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main"

(Ad-Dukhan ayat 38)



Ada manusia yang amat megah dengan kenderaannya.Dia amat megah dengan kekayaannya.Katakan dia memiliki RX-7,maka sebenarnya keretanya itu bukanlah tujuan dia diciptakan di dunia,malah semua kekayaan itu bukanlah sebab dia diciptakan di dunia.Tuhan bukan ciptakan dia di dunia untuk kumpul harta benda berkoyan-koyan sampai 7 keturunan tidak habis makan.Tuhan tidak ciptakan dia semata-mata untuk memiliki Lamborghini Miura SV ataupun Jaguar XJ6.Tuhan tidak pernah ciptakan dia di dunia semata-mata untuk beli tanah berlot-lot di Diamond Height.Tidak perlu semua itu.Manusia tidak perlukan semua itu untuk memenuhi TUJUAN DIA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Lihat seorang mekanik.Dia amat tahu fungsi jentera yang dibaikinya.Dia tahu semua perkara tentang jentera itu.Dia tahu TUJUAN JENTERA ITU DICIPTAKAN.Namun adakah dia tahu TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?

Adakah Gottlieb Daimler yang mencipta enjin pembakaran dalam tahu tujuan dirinya diciptakan?

Adakah Bill Gates yang mencipta perisian Windows tahu tujuan diri diciptakan ke dunia?

Adakah Wak Karman yang sedang berkerja di tapak pembinaan di kilang SunPower di Melaka tahu untuk apakah dirinya diciptakan?

Fatihah,gadis jelita yang menyertai pencarian Dewi Remaja amat tahu tujuan maskara diciptakan oleh manusia.Namun adakah Fatihah tahu tujuan manusia yang mencipta maskara itu DICIPTAKAN OLEH PENCIPTA-NYA?

Dan adakah Fatihah juga tahu untuk apa TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?





Ramai wanita mengejar kecantikan dan kesempurnaan tubuh badan.Kulit yang gelap dicerahkan.Mana yang kecil minta dibesar-besarkan.Mana yang muram,biar ceria dan cantik dipandang.Yang tak lentik,dilentikkan.Yang nampak kosong ditampal-tampal bedak,dilukis,diwarnakan dan dicat-cat bagaikan kanvas lukisan.Tambah bulu mata palsu.Tambah bulu kening.Itu belum lagi bab aksesori.Pasang anting-anting di telinga.Pasang rantai di leher.Itu belum bab rambut lagi.Pendek kata memang rumit bab kecantikan wanita ini.Patutlah manusia yang paling cantik di dalam dunia adalah LELAKI.Orang lelaki tak perlu semua itu.Tak perlu nak di cat-cat mukanya.Semua semulajadi dan original.

Namun adakah semua itu adalah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN?Wanita seringkali lupa bahawa kecantikan paras muka bukanlah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN TUHAN.

Ramai orang lelaki mahu memiliki tubuh yang gagah perkasa.Mereka pergi ke gym semata-mata mahu kacak bergaya.Ada yang angkat besi berkilo-kilo semata-mata mahu mengejar kegagahan tubuh badan.Namun adakah mereka berfikir sejenak,apakah TUJUAN MEREKA DICIPTAKAN DI DUNIA?Adakah aku ini diciptakan semata-mata untuk semua ini?Mengapa Tuhan ciptakan aku???

Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk ke sekolah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk masuk universiti?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi engineer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi lawyer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi doktor?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup mewah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup papa kedana?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup susah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi kuli orang?Semata-mata untuk kayakan orang lain?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk dihina,dipijak atau dimakihamun orang lain?



Tidak tuan-tuan sekalian,TUHAN TIDAK CIPTAKAN ANTA-ANTA SEMUA KERANA ITU.

JADI MENGAPA TUHAN CIPTAKAN AKU???

Maulana semua kena sedar,Tuhan tidak ciptakan maulana semua semata-mata untuk kerja teruk sampai lupa waktu solat.Tuhan tidak ciptakan maulana sekalian semata-mata makan minum berak cangkung tidur berdengung.Tuhan tidak ciptakan maulana semua untuk menongkat dunia sampai mati.Tuhan tidak ciptakan anta-anta semua untuk berpolitik sampai lupa HUKUM TUHAN dalam AlQuran.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk berhibur di night club sampai ke pagi.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk boros menggunakan nikmat-Nya.Tuhan tidak ciptakan kita semua untuk buat maksiat kepada-Nya.Na'uzubillah...

Jadi tolong beritahu aku,MENGAPA AKU DICIPTAKAN???

Sebelum itu mahu tanya dahulu mengapa anta sibuk sangat bekerja?

Aku bekerja untuk cari rezeki.Salahkah aku berkerja untuk sara hidup aku dan keluarga aku?

Tapi mengapa anta bekerja sampai lupa waktu solat?

Ahh...itu perkara kecil sahaja,mengapa mahu diperbesar-besarkan.Kubur masing-masing lah.Buat apa anta sibuk?Aku punya hal lah.



Tapi bukankah anta mahu tahu APA TUJUAN DIRI ANTA DICIPTAKAN?

Ya...ya...memang aku mahu tahu mengapa tujuan diri aku ini diciptakan.Cepatlah beritahu.Tak payahlah ungkit-ungkit soal sembahyang atau tidak.Tiada kaitan langsung.

Masya Allah ya maulana.Soal sembahyang itulah jadi perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Malah memang ada kaitan.Tersangatlah ada kaitan.Tidak boleh tidak.

Apa dianya?Aku tak pahamlah.Straight to the point lah.Jangan nak berdolak-dalik.Aku mahU TAHU LEKAS APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!?CEPAT BERITAHU AKU SEKARANG APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!!?

Masya Allah,jangan lah marah-marah begini.Kenalah bersabar.Tujuan diri anta diciptakan bukan untuk marah-marah begini.Betullah solat itu adalah perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Ini bukan tipu.Ini betul-betul punya.

Aku tidak kira,beritahu aku cepat APAKAH TUJUAN HIDUP AKU INI DICIPTAKAN!!!!?

Fatihah:Ya lah saya pun mahu tahu apakah tujuan diri saya diciptakan.Ibu saya selalu beritahu saya,perempuan diciptakan untuk jadi penyeri.Jadi saya perlu cantik dan jelita selalu.Sekarang ini saya telah berjaya menjadi finalis Dewi Remaja.Kordinator program sarankan saya pakai baju ketat-ketat supaya lebih menarik.Kalau boleh biar terbelah sana,terbelah sini.Ada can boleh menang.Rambut saya panjang beralun-alun.Saya tidak suka rebonding-rebonding ni.Saya suka rambut ikal mayang.Saya pun tidak suka warnakan rambut.Tengok minah tu,rambutnya merah.Perasan konon macam minah saleh.Geram aku tengok dia.Tergedik-gedik...

Sabar...sabar dik.Adik Fatihah kena faham tujuan adik diciptakan di dunia bukanlah semata-mata untuk melaram melawa bergaya cantik jelita.Malah perbuatan adik itu hanya menambahkan kemungkaran sahaja.Jika adik percaya bahawa diri adik diciptakan semata-mata jadi penyeri sahaja,maka samalah adik macam pokok bunga plastik.Jadi penyeri sahaja.Tidak lebih dari itu.Tahukah adik,adik diciptakan di dunia semata-mata untuk buat satu PERKARA MULIA.Adik diciptakan bukan jadi penyeri malah bertambah-tambah lebih mulia dari itu.Untuk buat satu PERKARA MULIA.Itulah beza penciptaan adik dengan pokok bunga plastik.Penciptaan pokok bunga plastik hanyalah sebagai penyeri sahaja.Tetapi PENCIPTAAN DIRI ADIK ADALAH UNTUK BUAT TUGAS MULIA.Gunung-ganang,kambing,awan,bintang,matahari,planet-planet pun tidak dapat buat TUGAS MULIA INI tau.

Fatihah:Ya Allah!Apakah dia TUGAS MULIA itu?Saya mahu tahu.Saya tidak mahu lagi jadi macam bunga plastik.Kecantikan saya ini juga satu hari nanti akan hilang.Dah tua kerepot,tak berguna lagi Dewi Remaja ini.Saya mahu jadi insan mulia,buat sesuatu yang mulia.Macam bunga plastik,bila sudah pudar kecantikannya,ia akan dibuang,dan digantikan dengan yang baru.Begitulah juga dengan kecantikan saya.Habis madu sepah jangan dibuang merata-rata.Eh,betulkah peribahasa saya ini?




Masya Allah!Sungguh benar kata-kata adik Fatihah itu.Kecantikan akan hilang.Ia bukan TUJUAN PARA WANITA DICIPTAKAN.Begitu juga kegagahan dan kepandaian bukanlah TUJUAN LELAKI DICIPTAKAN.Lelaki dan perempuan diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.Manusia diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.

Heii!!Apa TUJUAN ITU??Beritahulah cepat!!Aku sudah tidak sabar ni!!APA TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN!!

Fatihah:Ya,APA TUJUAN DIRI SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri Fatihah dan maulana-maulana semua DICIPTAKAN ada dijelaskan di dalam firman Allah ini:



"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)


Fatihah:Jadi apakah TUJUAN SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri adik diciptakan adalah UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Bagaimana?Itulah dengan MENINGGALKAN APA YANG DILARANG-NYA DAN MELAKSANAKAN APA YANG DIPERINTAH-NYA.

Berikankan aku contoh.

Mahu contoh ya maulana?Maulana sibuk bekerja sampai lupa tujuan diri sendiri diciptakan.Bagaimana?Sampai masuk waktu zohor,maulana masih lagi sibuk berkerja tanpa mahu berhenti sebentar pun untuk solat menyembah-Nya.Padahal solat bukannya makan waktu sampai berjam-jam.5-10 minit sahaja.Kadang-kadang maulana kena outstation.Dalam perjalanan,maulana tidak mahu berhenti sebentar di mana-mana masjid pun untuk BUAT KERJA YANG JADI TUJUAN DIRI DICIPTAKAN TUHAN.

Salahkah aku berkerja?Salahkah?

Kerja tidak salah TAPI JANGAN SAMPAI KERJA BOLEH GANGGU TUJUAN KITA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Kita ada fikiran.Gunakanlah ia untuk cari kesempatan untuk MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Untuk buat KERJA MULIA.Kerja mulia yang jadi TUJUAN KITA DICIPTAKAN.

Jadi ya maulana,apakah TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN DIRI KITA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN LELAKI DAN PEREMPUAN DICIPTAKAN?

APAKAH TUJUAN SAYA DAN ANDA DICIPTAKAN???
















Iaitu MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.






















Ya Allah!Rupanya itulah tujuan diriku diciptakan!Maha Suci Engkau Ya Allah!Maha Suci Engkau!!!

bacalah... renungkan....

Apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan?Ini soalan serius kepada anda.Apakah yang membuatkan kita semua perlu bernafas di atas muka bumi ini?Adakah anda semua meminta untuk hidup di dunia?Adakah anda pernah memintanya?Ini soalan yang tepat.

Jika anda pernah memintanya,sila beritahu saya BILAKAH anda memintanya.Dan jika tidak pernah memintanya,sila perhatikan apakah yang anda buat di atas dunia sepanjang hidup anda.

JIka anda tidak pernah memintanya,saya lihat ada dua pilihan di sini;sama ada anda terpaksa teruskan kehidupan atau bunuh diri sahaja,sekarang.Jika anda tidak mahu menghargai kehidupan,kehidupan juga tidak perlu memanja-manjakan diri anda.Jadi anda tahu pilihan mana yang tepat dengan akal yang sihat.

Para penyembah Iblis dan Kultus Sesat Mason serta Illuminist percaya bahawa manusia hidup atas kehendak Lucifer.Pada satu peringkat bawahan,ada satu kelompok yang bertindak sebagai Ateis.Ada satu peringkat pula adalah penyembah materialistik.Ada satu peringkat pula adalah mangsa hedonisme.Mereka semua adalah orang tidak percayakan agama atau agama adalah candu bagi mereka.Agama adalah sesuatu yang menyusahkan kehidupan mereka.Antara mangsa paling bawah dan menyedihkan malah menjadi hamba secara sukarela di Malaysia ialah Sister In Islam.

Ini adalah contoh paling mudah untuk diketengahkan kerana kebanyakan polisi dan tindakan mereka menganaktirikan hukum-hukum Allah.Bagi mereka Allah,Muhammad dan AlQuran adalah perkara ke 546 atau lebih dalam semua polisi mereka.Yang penting sekarang ialah kehidupan yang liberal sesuai dengan hak kemanusiaan.Ini tidak menjadi masalah jika mereka adalah bukan Islam atau mengaku bukan Islam.MASALAHNYA sekarang,mereka mengaku Islam dan berasa amat marah apabila dikatakan kafir atau non-muslim.Setiap dari mereka berusaha melekatkan perkataan 'ISLAM' di dahi-dahi mereka namun malangnya tidak pernah mendisiplinkan diri mematuhi kehendak Allah yang menciptakan diri mereka.

Semua orang tahu bahawa Sister In Islam menyokong IFC iaitu satu suruhanjaya antara agama yang ditubuhkan oleh para chauvinist atau pelampau agama selain Islam bertujuan untuk meliberalkan hukum-hukum Islam.Sudahlah hukum Hudud dalam AlQuran tidak dilaksanakan,sisa-sisa hukum Syariah di Malaysia yang diluluskan oleh 'SIRIM' Malaysia pula mahu diperkosa sampai mati!Wanita-wanita 'Islam' di dalam Sister In Islam bagaikan zombie-zombie yang fikirannya dikawal oleh hedonisme agama.Apakah motif sebenar Sister In Islam?Mengapa mereka cenderung melacurkan kemurnian agama Islam?Liberalisasi kemanusiaan adalah agama tertinggi bagi Sister In Islam.Hukum Allah dalam soal jenayah adalah amat haram dan 'illegal' dalam kamus perundangan Sister In Islam.Dalam hal ini Allah bagi mereka tidak pandai membuat hukum.Mereka lebih pandai.Bagi mereka Allah amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan,contohnya terhadap Kartika.Sister In Islamlah yang lebih memahami hak kemanusiaan berbanding Allah.





Jadi siapakah Allah di hati para pendukung Sister In Islam?Ke manakah mahu diletakkan keislaman mereka?Siapa yang mereka sembah sebenarnya?Siapa yang menciptakan tubuh mereka?'Hak asasi manusia' atau Allah Maha Pencipta?

Adakah di bulan Ramadan mereka patuh berpuasa?Bagaimana solat mereka?Bagaimana mereka berdoa kepada Allah,namun pada masa yang sama menarik 'flush' lalu mengepam hukum-hukum Allah ke dalam lubang tandas?

Bagaimana pula dengan pemimpin Umno yang berpendapat menjalankan hukum Hudud akan membuatkan rakyat Malaysia akan sukar mencari rezeki akibat kudung tangannya,malah mampu dibuatkan sup tangan manusia malah batu-batu di tepi jalan akan habis akibat digunakan untuk merejam orang berzina?

Di hadapan Allah kelak di 'The Judgment Day' adakah mereka ini berani mengatakan "Ya Allah,hukum- Mu tidak sesuai dijalankan di zaman moden.Tidak menepati piagam hak kemanusian antarabangsa"

"Ya Allah,aku tidak menjalankan hukum-Mu kerana dikhuatiri rakyat Malaysia kudung semua tangannya"

di hadapan Pencipta mereka sendiri?Agak-agak anda,beranikah mereka mengangkat wajah di hadapan Allah?Relevankah lagi segala alasan mereka apabila Bumi,Matahari dan seluruh alam semesta hancur musnah?

Kita mesti memikirkan semua ini kerana tanda-tanda kiamat sudah muncul.Tanda-tanda kemunculan Dajjal juga sudah muncul.Muhammad tidak berbohong.AlQuran tidak berbohong.

Hollywood sebagai pusat propaganda Dajjal adalah bukti yang paling mudah jika kita mahu berfikir.Bagi para jiggers yang telah sekian lama mengikuti MistisFiles,pasti tahu bahawa berkali-kali kami memberikan amaran dan peringatan tentang perkara ini.Lama sebelum siri The Arrival muncul,kami di MistisFiles telah lama mengingatkan kepada anda masalah ini.Kita di akhir zaman.Dalam istilah Illuministnya,'EndGame'.

Wang 1 Dollar adalah buktinya.Mata sang Dajjal sudah terakam kemas di sana.Mengapa masih ada manusia yang sanggup memijak hukum AlQuran?Filem Valhalla Rising yang 70% menceritakan kisah hidup Dajjal sama seperti yang diberitakan dalam hadis Tamim Ad-Dari sehingga dipaparkan pengembaraannya ke Jerusalem (Baltul Maqdis) telah pun keluar namun mengapa masih ada manusia tidak percaya?

JIKA ANDA PERCAYA TENTANG KEMUNCULAN DAJJAL,ANDA MESTI PERCAYA KEBENARAN ISLAM,KEBENARAN MUHAMMAD DAN KEBENARAN ALQURAN.


Bagi Sister In Islam,agama mereka sendiri adalah pembohong,kolot dan tidak saintifik.Namun adakah mereka sedar bahawa solat berjemaah dibuktikan oleh seorang saintis Amerika bahawa mampu memindahkan cas-cas sehingga meneutralkan cas di dalam diri manusia.Tidak payah anda minum 100 Plus.Tidakkah mereka sedar bahawa ketika sujud,ada satu ruang di dahi manusia yang terbuka HANYA KETIKA PERLAKUAN SUJUD dan serta merta mengalirkan darah ke dalamnya.Sister In Islam pasti jijik melihat orang Islam menjilat jari selepas makan semata-mata mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Tetapi tahukah mereka bahawa di hujung jari manusia terdapat satu enzim yang mempercepatkan penghadaman makanan?Enzim inilah yang mempercepatkan sesuatu makanan menjadi basi dan mereput (rosak,berbakteria atau berulat) akibat disentuh oleh jari kita.Sister In Islam pasti mengejek hukum Hudud yang mengarahkan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin dan melakukan zina supaya disebat,padahal sebatan di belakang mereka mampu merangsang sel-sel darah putih keluar supaya cukup jumlahnya untuk menentang virus HIV?

Sister In Islam tidak tahu semua ini kerana bagi mereka Islam adalah kolot dan tidak saintifik.Minda mereka menjadi jumud,beku dan tertutup dengan pandangan salah ini.Orang Barat dan para saintis mereka mula melihat keajaiban Islam.Sister In Islam,para pemimpin Umno dan Islam Liberal terus bergelumang dengan lubang najis kesesatan.Tidak terkecuali orang Islam yang menyokong Syiah yang pakar memalsukan hadis atau golongan antihadis sendiri,semua ini ada sahamnya di akhirat kelak termasuk segala simpatisan mereka.Allah dan agama-Nya tidak memerlukan simpati manusia,MANUSIALAH PERLU MEMPERHATIKAN DIRI MEREKA DAN BERSIMPATI DENGANNYA.


Para Illuminist dan Mason sedang galak membuat projek-projek raksaksa untuk menyambut kedatangan Messiah.Di Eropah,bunker-bunker bawah tanah dibina untuk menyimpan gandum dan bekalan makanan yang lain.The Endgame pasti tiba.Para Illuminist dan Mason percaya hal ini,namun soalannya di pihak mana mereka berada.

Israel menyimpan emas dan mengharamkan riba.Namun orang Islam memakai duit kertas yang tidak bernilai dan mengamalkan riba.Para rabbi Yahudi tahu apa yang orang Islam dungu tidak tahu.Para rabbi Yahudi tahu bahawa Nabi Muhammad benar-benar seorang Rasul dan kata-katanya adalah benar,namun mereka amat kecewa kerana baginda lahir dari kalangan Arab,yang dahulunya adalah dianggap satu bangsa yang hina di sisi Yahudi.

Yahudi Israel (bukan American Jews atau mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Yahudi) tidak makan babi dan amat benci kepada haiwan ini,namun kerajaan Malaysia yang diterajui oleh orang Islam tidak bertegas dalam soal kandang babi.Mengapa sesetengah orang Cina bermatian tidak mahu kawasan tempat tinggal mereka berdekatan dengan kandang babi malah tidak mengapa jika dibina berdekatan kampung Melayu (ini salah satu sikap mementing diri Ultrakiasu).Mereka tahu bahawa haiwan ini adalah busuk dan pengotor.Mereka tahu hakikat ini namun dagingnya mereka makan.

Yahudi Israel pembersih dan mengamalkan sunnah Nabi serta nilai-nilai murni Islam,dan mereka berjaya.Di dunia lagi Allah sudah tunjuk bahawa siapa yang amalkan sunnah nabi-Nya akan dapat kejayaan walaupun orang kafir yang mengambilnya.Orang Islam membuang sunnah Nabi maka mereka menjadi hina dina di dunia.




Sampai masa para Illuminist akan menimbulkan huru hara.Iblis telah mengajarkan kepada 66 degree ahli Kultus Syaitan Illuminist bahawa untuk menguasai manusia,huru hara perlu diadakan.Sejumlah manusia perlu dikorbankan demi nama Iblis.Biar ramai manusia mati supaya kekafiran mereka dapat dijamin.Jika dibiarkan hidup lama,takut-takut mereka akan mendapat hidayat Allah.Syaitan-syaitan ini tetap berusaha keras walaupun sebenarnya hidup mati dan hidayah itu di tangan Allah.

Ada satu kepercayaan para Kultus ini,bahawa manusia dikuasai satu entiti yang digelar 'alien'.Alien ini terdapat dalam dua bentuk,spiritual dan fizikal.Manusia perlu tunduk kepada segala alien ini dan mematuhi kehendak nafsu sendiri yang dipercayai adalah tanda-tanda dirinya direstui oleh alien.Ingat,semua ini adalah 'rebranded'.Dahulunya mereka menggelarkan sebagai dewa-dewi.Sekarang para alien.

Saya perlu beritahu anda satu perkara penting.Dan semua orang Islam perlu sebarkan perkara penting tentang akhir zaman secara percuma supaya cepat tersebar.Adakah perkara sepenting persedian menghadapi akhir zaman perlu dikenakan bayaran?Di MistisFiles,ini adalah percuma dan semua orang boleh mengetahuinya secara cepat dan berkesan.Kami bukan mahu berniaga atas ilmu-ilmu kritikal seperti ini.Kami bukan oportunis,kami adalah 'The Trafficker of Information'.

Bacalah dan cuba hafaz 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi supaya anda terhindar dari fitnah Dajjal.Apakah fitnah Dajal itu?Segala penderitaan yang datang hasil dari tangannya.Jadi jangan salahkan Allah dan Islam jika anda menderita di akhir zaman kerana Nabi Muhammad s.a.w sudah tunjuk cara untuk selamatkan diri.Segala hak asasi manusia,liberal dan material anda tidak akan selamatkan anda dari fitnah Dajjal The Antichrist.Percayalah.

Bacalah AlQuran dan banyakkan berselawat ke atas nabi.Satu selawat,Allah akan berselawat 10 kali ke atas kita!Betapa besarnya pahala selawat.Para Illuminist sudah ketakutan kini.Filem-filem 'disaster' arahan Roland Emmerich seperti 2012 atau The Day After Tomorrow adalah cara mereka mahu 'berpesta' sebentar untuk melegakan ketakutan mereka tentang akhir zaman.Setiap kali bulan Ramadan,para rahib Illuminist pasti bermunajat kepada Lucifer supaya menyelamatkan mereka dari ramalan dari The Holy Scriptures.Namun apa yang dijanjikan oleh Allah pasti terjadi.Kata-kata Rasulullah adalah benar.Islam adalah benar.

Berjumpa di The EndGame,di mana di sana tiada berguna lagi segala penyesalan...