Wednesday, December 9, 2009

PeRiSTiWA & aMaLAn

>>zULHiJjaH<<

Assalamualaikum....
tahukah antum peristiwa2 y pnah blaku
dlm sirah ISLAM pd bulan ZULHIJJAH???
mungkin ramai y dh tau..
ade y mungkin da lupe..
xpon ingat2 lupe..
xmusTahiL...
stiLL INGAT 100%...
or ade y lgsung xtau...
xmengapa...
jom kita flashback..
ilmu y ade utk dkongsi...
~Insya-ALLAH~

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a,
RASULULLAH s.a.w menerangkan fadilat bulan Zulhijjah iaitu :


~>1 Zulhijjah<~kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah.
{sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah}


~>2 Zulhijjah<~doa Nabi Yunus as diperkenankan Allah.
{sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak
pernah melakukan maksiat}


~>3 Zulhijjah<~doa Nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah.
{sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah}


~>4 Zulhijjah<~Nabi Isa dilahirkan.
{sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan}


~>
5 Zulhijjah<~Nabi Musa as dilahirkan.
{sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur}


~>
6 Zulhijjah<~ALLAH telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya.
{sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat}


~>7 Zulhijjah<~Pintu neraka JAHANNAM akan dikunci.
{sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya
}

~>8 Zulhijjah<~Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail.
Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.
Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir).
{Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah}

~>9 Zulhijjah<~Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar
dari Allah, bukan dari syaitan.
Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

{Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan
dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa}


~>10 Zulhijjah<~Amalan sunat seperti ;


a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam
matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)


Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

1 comment:

ibnuDDin said...

assalamualaikum,,
hadis ni sahih ka??
fadhilat tu ad sekali dalam hadis tu ka?