Saturday, February 13, 2010

ROKOK????HARAM KER??



Pada kali ini penulis ingin membawa isu mengenai rokok yang diuar-uarkan haram dan telah di fatwakan haram. Jika dilihat dari segi logik akal manusia dan fitrah manusia itu sendiri ialah menolak keburukan dan mencari kebaikan tetapi dalam hal ini kenapa manusia masih cuba untuk merosakkan tubuh mereka sendiri dan m
enghisap 'racun' ini??



Satu persoalan yang tiada penyelesaian sehingga kini hatta sudah banyak kajian dikeluarkan yang mana menunjukkan rokok ialah satu daripada PEMBUNUH masyarakat. Tetapi kenapa masih ada yang cuba merungut dan cuba memaki h
amun golongan yang mengeluarkan fatwa tersebut atau dengan kata lain memaki hamun orang yang cuba menyelamatkan umat manusia amnya dan orang islam khususnya. Mungkin golongan yang memaki hamun ini mempunyai dalil aqli bahawa rokok ialah perkara yang membawa kebaikan dalam menghilangkan stress dan menonjolkan kehenseman dan kemachoan mereka. Jikalau itu hujah yang digunakan penulis ingin mengajak kita berfikir bersama-sama, wajarkah nyawa digadaikan semata-mata untuk mendapat perkara tersebut? mungkin jawapan kita tidak sama.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran nur karim yang mafhumnya 'janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam bahaya'. Daripada dalil ini sudah jelas menunjukkan larangan Allah terhadap rokok yang mana ia boleh membawa kemudaratan dan bahaya kepada manusia.

Selain itu, terdapat beberapa jumlah fatwa telah dikeluarkan mengenai rokok, antaranya:
  1. Tersebut di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin, tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai benda yang halal yang paling buruk, di mana ia boleh mengkhayalkan dan berlakunya pembaziran harta, dan ia bukanlah menjadi pilihan makanan atau hisapan atau sedutan oleh mereka yang bermaruah. Telah difatwakan mengenai pengharamannya oleh para ulama tasauwuf seperti Al-Qutb Sayyidina Abdullah Al-Haddad, Al-‘Allamah Ahmad Al-Hadwan, sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Umar bin Sumaith tentang pendapat mereka berdua dan ulama yang lain yang sependapat dengan mereka. Bahkan Al-Habib Al-Imam Al-Husain bin Asy-Syeikh Abi Bakr bin Salim dengan panjang lebar membuat amaran keras mengenai dengan tembakau. Beliau (Al-Habib) mengatakan: “Aku khuatir orang yang tidak bertaubat dari merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan suu’ al-khatimah (mati yang berkesudahan buruk).
  2. As-Sayyid Al-‘Allamah Umar Al-Bashri Rahimahullahu Ta‘ala dalam fatwanya: “Kaedah-kaedah yang dipakai oleh para ulama kita ketika menyatakan haramnya sesuatu makanan dalam bab al-ath‘imah ialah makanan yang boleh membawa kepada mabuk atau memudaratkan akal atau tubuh badan, maka memakan benda yang memabukkan adalah haram, kerana ia memabukkan, dan memakan makanan yang memudaratkan akal juga haram, kerana mudaratnya itu. Begitu juga jikalau seseorang membuat pengakuan bahawa dia tidak menemui apa-apa manfaat dalam makanan itu dari semua segi, maka elok makanan berkenaan diharamkan ke atasnya, kerana yang demikian itu berlaku pembaziran harta. Pembaziran harta tidaklah ada bezanya di antara membuangnya ke laut atau membakarnya dan sebagainya yang dikira sebagai membuang-buang harta itu. Manakala yang lainnya adalah halal, kerana yang muktamad, bahawa asal sesuatu benda itu halal, apalagi bagi orang yang menjadikannya sebagai ubat.”

“Apa yang disebutkan di atas, begitulah juga hukum yang berlaku kepada tembakau (rokok). Salah satu sifatnya ialah baunya yang busuk. Maka pendapat yang rajih (kuat), hukumnya adalah haram kerana kotornya…”

3. Al-Imam Al-Akbar Mahmud Syaltut, Bekas Syeikh Al-Azhar, Mesir menyebutkan d dalam fatwanya: “Walaupun menghisap tembakau itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun ia mempunyai berbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok itu sendiri dan juga kepada orang lain yang tidak merokok.”


“Para doktor telah menganalisa kandungan komponen-komponen tembakau dan mereka menemui adanya bahan racun di dalam kandungan tembakau itu, di mana racun ini boleh membunuh (melenyapkan) kebahagiaan dan kegembiraan seseorang walaupun secara perlahan.”

“Jika demikian halnya, tidak diragukan lagi bahawa menghisap tembakau adalah suatu yang menyakiti dan memudaratkan. Dalam pandangan Islam, sesuatu yang menyakiti dan memudaratkan itu adalah keji yang mesti dijauhi.”

“Di samping itu, apabila kita tinjau wang yang dibelanjak
an untuk tembakau, kita mendapati bahawa perokok lebih memerlukan wang berkenaan, atau dia sepatutnya menggunakannya kepada perkara lain yang lebih baik dan berfaedah. Dalam pandangan Islam, menghabiskan wang dengan cara yang sedemikian itu adalah dilarang dan tidak harus.”

Marilah kita gunakan akal yang diberikan dan marilah kita munjunjung perintah Allah dalam semua perkara.........Wallahua'lam

No comments: